๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐๐๐ก ๐ช๐๐ง๐๐ฅ
Solat witir dibuat sebanyak tiga rakaat. Samada tiga rakaat sekaligus (tanpa tahiyat awal), atau dibuat secara 2 rakaat salam (buat 2 rakaat dahulu, sesudah salam buat lagi 1 rakaat).
Di dalam riwayat yg sahih menjelaskan, pada rakaat yang pertama Nabi s.a.w membaca Al Fatihah dan surah Al-'Ala, rakaat kedua Al Fatihah dan Al Kafirun dan pada rakaat yang ketiga dibaca Al Fatihah dan surah (3 Qul dan terkadang dibaca Al Ikhlas). Namun bagi yang tidak mampu menghafal, maka tetap boleh baca surah-surah lain yg termampu dihafal.
Nabi s.a.w menganjurkan membaca doa qunut di dalam witir pada rakaat yang ketiga. Namun qunut ini tidak dirutinkan. Terkadang dibuat terkadang tidak.
Nabi s.a.w menegah melakukan dua kali witir pada satu malam. Maksudnya kalau dah buat witir selepas isyak maka jangan ulang witir bila bangun tahjud. Memadai melakukan tahjud sahaja.
Selepas selesai witir, Nabi terus mengucapkan
ุณُุจْุญَุงَู ุงْูู
َِِูู ุงُْููุฏُّูุณِ
Subhanal Malikil Quddus
Ertinya "Suci Engkau yang Maha Merajai lagi Maha Suci dari berbagai kekurangan" (baca 3X)
[HR. Abu Daud no. 1430, An-Nasa'i no. 1735, dan Ahmad 3: 406. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih]
Walaupun witir bukan solat wajib, namun penekanan yang disarankan oleh Nabi s.a.w seolah-olah seperti wajib Justeru, selain dari solat sunat fajar, maka jaga solat sunat witir sebagaimana kita menjaga solat fardhu.
Ya, kita nak satu satu ilmu yang bermanfaat, sahih, dapat berikan kebaikan untuk akhirat, dapat pahala besar yang pasti, kita nak terlepas siksa kubur dan sejahtera di alam barzah tanpa dipersoal.
Jadi apa ilmu yg kita nak tau dan nak hadam malam ini agar kita dapat manfaatkan yang dinyatakan di atas? Kita nak apabila kita dengar seruan amal seperti ni seolah2 kita berada di dalam majlis ilmu.
1) Selepas solat Isyak, buat sunat ba'diah 2 rakaat.
2) Selesai ba'diah, bangun buat 2 rakaat witir, selesai salam bangun lagi buat pula 1 rakaat witir.
3) Habis Witir, kita baca surah Al Mulk.
Kalau tahu ilmu tapi kalau tak amal maka kita ibarat dapat kereta tanpa kunci.
Mari tambah amal, Ingatlah bahawa setiap hari usia kita semakin meningkat, dan dengan semakin meningkat usia setiap hari itu, waktu mendekati ajal juga semakin dekat.
~MRJYa, kita nak satu satu ilmu yang bermanfaat, sahih, dapat berikan kebaikan untuk akhirat, dapat pahala besar yang pasti, kita nak terlepas siksa kubur dan sejahtera di alam barzah tanpa dipersoal.
Jadi apa ilmu yg kita nak tau dan nak hadam malam ini agar kita dapat manfaatkan yang dinyatakan di atas? Kita nak apabila kita dengar seruan amal seperti ni seolah2 kita berada di dalam majlis ilmu.
1) Selepas solat Isyak, buat sunat ba'diah 2 rakaat.
2) Selesai ba'diah, bangun buat 2 rakaat witir, selesai salam bangun lagi buat pula 1 rakaat witir.
3) Habis Witir, kita baca surah Al Mulk.
Kalau tahu ilmu tapi kalau tak amal maka kita ibarat dapat kereta tanpa kunci.
Mari tambah amal, Ingatlah bahawa setiap hari usia kita semakin meningkat, dan dengan semakin meningkat usia setiap hari itu, waktu mendekati ajal juga semakin dekat.
๐ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan