Rabu, 25 Ogos 2021

Istighfar

LAFADZ ISTIGHFAR YANG DI AJARKAN OLEH RASULULLAH S.A.W


Rasulullah s.a.w. bersabda,


مَنْ قَالَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ غُفِرَ لَهُ وَإِنْ كَانَ قَدْ فَرَّ مِنْ الزَّحْفِ.


Sesiapa yang mengucapkan,


"Astaghfirullahallazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaiihi",


diampunkan baginya meskipun dia pernah (melakukan dosa besar seperti) lari dari medan peperangan.


(Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1296/1517)


Maksud lafaz istighfar di atas,


"Aku mohon ampun kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang al-Hayyu dan al-Qayyum, dan kepada-Nya aku bertaubat."


Dalam riwayat lain, ada tambahan al-'Adzim = "Astaghfirullahal 'Adzim...." seterusnya adalah sama.


Bermaksud "Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung...." seterusnya adalah sama.


Tambahan al-'Adzim adalah daripada riwayat Ibn Mas'ud, dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak hadis no.: 1884 dan ia dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arna'uth sebagaimana yang beliau nyatakan dalam semakannya ke atas Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3894 dan Sunan Abu Daud, hadis no.: 1517.


Lafadz istighfar ini boleh dirutinkan dibaca setiap hari samada ketika lapang, ketika menyedari melakukan kesilapan yang tidak disengajakan, tergelincir melakukan dosa lalu menyesali.


Waktu yang terbaik untuk beristighfar adalah dipenghujung subuh selepas tahjud dan menunggu masuk waktu subuh. Inilah saat yang baik dan cara yang benar untuk memohon keampunan dan bukan melakukan solat taubat setiap hari.



📮JOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan🌹

https://t.me/mrjchanneldakwah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan