๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐ฃ๐๐๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐จ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐ข๐๐๐ง ๐ฆ๐จ๐ก๐๐ง ๐๐ฆ๐ฌ๐ฅ๐๐ค
Sabda Nabi SAW;
ู
َْู ุตََّูู ุงูุบَุฏَุงุฉَ ِูู ุฌَู
َุงุนَุฉٍ ุซُู
َّ َูุนَุฏَ َูุฐُْูุฑُ ุงََّููู ุญَุชَّู ุชَุทُْูุนَ ุงูุดَّู
ْุณُ، ุซُู
َّ ุตََّูู ุฑَْูุนَุชَِْูู َูุงَูุชْ َُูู َูุฃَุฌْุฑِ ุญَุฌَّุฉٍ َูุนُู
ْุฑَุฉٍ ุชَุงู
َّุฉٍ ุชَุงู
َّุฉٍ ุชَุงู
َّุฉٍ
“Sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit matahari, kemudian dia bersolat pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanya seumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna” (Sunan at-Tirmizi; 586. Dari Anas RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan gharib).
Maksud Hadith:-
Di dalam keterangan hadith di atas Nabi s.a.w menjelaskan yang maksudnya, sekiranya seseorang itu (tidak kira samada lelaki atau perempuan) pergi ke masjid/surau untuk mengerjakan solat subuh secara berjamaah, kemudian setelah selesai solat berjamaah di masjid/surau lalu dia duduk dulu samada dia melakukan zikir atau dia baca Al Quran atau dia dengar kuliah hinggalah terbit matahari dan naik anggaran tinggi segalah (waktu ini dinamakan sebagai isyraq sekitar 7.45pg waktu semenanjung), kemudian dia melakukan dua rakaat solat sunat, maka dia akan mendapat pahala haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna.
Nabi sebut 3 kali ucapan "sempurna, sempurna &, sempurna'. Maksudnya , pasti orang yang melaksanakannya akan dapat pahala tersebut.
Isyraq ini, sebenarnya ia merujuk kepada waktu permulaan matahari terbit dan naik (keluar sempurna) anggaran tinggi segalah. Waktu ini adalah merupakan waktu terawal (waktu permulaan) yang membolehkan untuk seseorang itu melakukan solat sunat DHUHA jika dia berada di rumah, dipejabat atau dimana sahaja.
Fadhilat di atas khusus bagi orang yang mendatangi masjid/surau disubuh hari, jika yang berada dirumah maka dia tidak mendapat manfaat tersebut melainkan manfaat solat dhuha sahaja.
Perlu kita ketahui bahawa, kita dilarang untuk melakukan solat sunat ketika matahari terbit kerana pada ketika itu Agama Majusi menyembah matahari. Justeru kena tunggu dulu matahari naik anggaran tinggi segalah baharu kita boleh melakukan solat sunat dhuha diwaktu isyraq. Namun waktu terbaik dhuha adalah ketika panas terik matahari mula terpancar (sekitar jam 10pg waktu semenanjung).
Hadits di atas dikatakan oleh Imam Turmudzi sebagai “Hasan”, diriwayatkan oleh satu orang perawi saja pada satu tingkatan sanadnya (gharib). Hadith ini dikuatkan oleh hadits serupa dengan jalur sanad yang berbeda (syahid).
Bahkan Syekh Albani menghukumi bahwa hadits ini adalah hadits shahih, sebagaimana dalam Shahih Jami’ Shaghir 5/ 313 no 6222 dari hadits Anas bin Malik.
Semoga bermanfaat.
๐ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
https://t.me/mrjchanneldakwah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan