π ππ₯πππ ππ’π π π¨π¦π§ππππ ππ‘π§ππ₯π ππππ‘ πππ‘ ππ€π’π ππ
Antara ruang dan peluang yang tidak sepatut kita lepaskan adalah memanfaatkan waktu untuk berdoa antara waktu azan dan iqomah.
Manfaat ruang ini tidak syarat untuk seseorang itu berada atau mendatangi masjid semata. Ia tetap boleh dilakukan dirumah.
Telah menjadi ketatapan standard di masjid/surau di Malaysia, berdasarkan alarm jam yang telah diset dimasjid/surau, waktu muazzin melakukan iqomah adalah 15 minit selepas azan.
Jadi, bagi yang solat dirumah dan mendengar azan di masjid/surau, kalian boleh anggarkan atau target masa untuk melakukan solat sunat qabliah dan berdoa sekitar 15 minit selepas azan. Justeru, ketika mendengar azan bersegeralah berwudhuk agar kalian berkesempatan untuk melakukan doa antara waktu azan dan iqomah.
Berdoalah sambil angkat tangan sebaik selepas melakukan solat sunat qabliah, hal ini dibolehkan bagi mendapatkan doa mustajab.
Semoga bermanfaat.
JOIN MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam KehidupanπΉ
https://t.me/mrjchanneldakwah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan