Rabu, 25 Ogos 2021

Jagalah lisan dan tanganmu

 ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฆ.๐—”.๐—ช ๐—”๐—š๐—”๐—ฅ ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง


Hadith Sahih: Panduan Menjadi Muslim Yang Selamat


ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู…ُูˆุณَู‰ ุฑَุถِูŠَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู†ْู‡ُ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„ُูˆุง ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَูŠُّ ุงู„ْุฅِุณْู„َุงู…ِ ุฃَูْุถَู„ُ ู‚َุงู„َ ู…َู†ْ ุณَู„ِู…َ ุงู„ْู…ُุณْู„ِู…ُูˆู†َ ู…ِู†ْ ู„ِุณَุงู†ِู‡ِ ูˆَูŠَุฏِู‡ِ


Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya". (Sahih Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.


2.  Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.


3.  Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang.


4.  Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti FB, WhatsApp, telegram, tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis akan diminta pertanggungjawab dihadapan Allah. Firman Allah:


ุฅِู†َّ ูฑู„ุณَّู…ุۡนَ ูˆَูฑู„ุۡจَุตَุฑَ ูˆَูฑู„ูۡُุคَุงุฏَ ูƒُู„ُّ ุฃُูˆْู„َٰุฆِูƒَ ูƒَุงู†َ ุนَู†ูۡ‡ُ ู…َุณۡ‍ُูٔˆู„ุٗง 


“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)


5.  Imam al-Khaththabi rahimahullรขh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah  dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.


6.  Muslim yang paling utama ialah yang lisan dan tangannya menyelamatkan dirinya dan Muslim yang lain.


Berusahalah menjadi insan yang baik dan soleh dengan menjaga lisan dan tangan kita.


๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan