Rabu, 25 Ogos 2021

Ikhlaslah engkau duhai hati






๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ง๐—”๐—จ ๐—ž๐—˜๐—–๐—œ๐—Ÿ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ ๐—œ๐—ง๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ก๐—œ๐—”๐—ง

Sedarilah bahawa besarnya pahala sesuatu perbuatan amal ia tidak tergantung kepada kuantiti amal tetapi ia tergantung kepada quality amal iaitu menjurus kepada keikhlasan niat.

Terkadang kita terlepas pandang untuk memperhatikan niat kita dan meluruskan niat kita hanya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. 

Pahala amal yang hebat dan besar itu boleh menjadi kecil kerana niat yang kurang ikhlas dan sebaliknya, tatkala amal yang kecil itu boleh menjadi besar pahalanya disebabkan niat yang sangat ikhlas.

Ibnul Mubarak berkata,

ุฑุจ ุนู…ู„ ุตุบูŠุฑ ุชุนุธู…ู‡ ุงู„ู†ูŠุฉ، ูˆุฑุจ ุนู…ู„ ูƒุจูŠุฑ ุชุตุบุฑู‡ ุงู„ู†ูŠุฉ

“Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar (pahalanya) disebabkan niat. Dan betapa banyak amalan yang besar menjadi kecil (pahalanya) disebabkan niat.” (Al-Jami’ Ulum wal Hikam)

Contoh yang boleh dijadikan ibrah(pengajaran) disini adalah apabila Nabi s.a.w ada menyebut di dalam riwayat yg sahih berkenaan amalan kecil yang dilakukan oleh para sahabat baginda s.a.w yang jauh lebih besar daripada pahala amal yang dilakukan oleh umat akhir zaman, sedangkan sesuatu yang dilakukan oleh umat akhir zaman lebih banyak dan lebih besar jika dilihat secara zahir. Senario ini telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w dengan memperumpamakan dengan emas sebesar gunung Uhud yang kita (umat akhir zaman) infaqkan, tidak mampu untuk menandingi pahala satu mud emas bahkan setengah mud emas yang diinfaqkkan oleh para sahabat baginda s.a.w.

Rasulullahu shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ู„َุง ุชَุณُุจُّูˆุง ุฃَุตْุญَุงุจِูŠ ูَู„َูˆْ ุฃَู†َّ ุฃَุญَุฏَูƒُู…ْ ุฃَู†ْูَู‚َ ู…ِุซْู„َ ุฃُุญُุฏٍ ุฐَู‡َุจًุง ู…َุง ุจَู„َุบَ ู…ُุฏَّ ุฃَุญَุฏِู‡ِู…ْ ูˆَู„َุง ู†َุตِูŠูَู‡ُ

”Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku. Seandainya salah seorang dari kalian berinfaq emas seperti Gunung Uhud, tidak akan menyamai satu mud (infaq) salah seorang dari mereka dan tidak pula setengahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana itu, yang dinilai oleh Allah bukanlah kepada banyaknya amal semata, tetapi siapa yang paling baik amalnya iaitu paling ikhlas dan paling baik dalam menunaikannya.

Semoga bermanfaat.

๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน
https://t.me/mrjchanneldakwah


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan