Apabila masuk sahaja waktu subuh, selepas azan maka lakukan dua rakaat solat sunat fajar dahulu kemudian baharulah lakukan solat fardhu subuh.
Kenapa di namakan solat sunat fajar? Fajar maksudnya adalah subuh iaitu apabila terbit benang-benang putih dilangit (fajar sodiq) menandakan masuknya waktu subuh.
Jika ada yang kata "solat sunat fajar ini dilakukan sebelum subuh ka?". Jawapannya BUKAN. Sebelum subuh itu adalah waktu untuk kita melakukan sunat tahjud atau witir.
Ada yang berkata "ostad....aku bangun lewat 6.45 masih bolehkah solat sunat fajar?" Jawabnya YA, selagi mana sempat dan ada waktu maka tetap boleh melakukannya.
Ada yang berkata "ostad...aku datang masjid si bilal sudah iqomah", jawabnya dahulukan solat fardhu subuh bersama imam kemudian lakukan sunat fajar sesudahnya.
Ada yang berkata "apakah musafir pun kena buat sunat fajar?" , jawabnya YA, semasa musafir tidak dibuat sunat rawatib yg lain kecuali sunat fajar.
Jika ditanya APAKAH GANJARANNYA hingga sedemikian rupa perlu dijaga? Jawabnya...khabaran dari Nabi s.a.w yang maksudnya...kalaulah dunia dan seluruh isinya milik kita, nescaya orang yang istiqomah melakukan dua rakaat solat sunat fajar ini, Allah nak beri lebih hebat dari itu.
MAKA KERANA ITU, JANGAN SESEKALI KITA MENINGGALKAN DUA RAKAAT SOLAT SUNAT FAJAR YANG AMAT BERHARGA INI DAN JAGALAH IA SEBAGAIMANA KITA MENJAGA SOLAT FARDHU.
JOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan🌹
https://t.me/mrjchanneldakwah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan