Jumaat, 27 Ogos 2021

Zikir menghilangkan gelisah dan sedih



๐—ญ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—›๐—”๐—ก


Diriwayatkan di dalam dua hadith sahih:-


Hadith 1:


Saidatina Asma binti 'Umays r.a mengatakan, Nabi s.a.w mengajarkan kepadaku kata-kata ini untuk dibaca ketika di dalam dengan kegelisahan, "Allahu Allahu Rabbi La Ushriku Bihi Syaian"


Ertinya "Allah, Allah Rabbku, tidak aku sekutukan-NYA dengan sesuatu yang lain"


(Sunan Abi Dawud, Hadis: 1520, Sunan Ibn Majah, Hadis: 3882. Rujuk Nota Kaki: Syekh Muhammad ‘Awwamah pada Musannaf Ibn Abi Shaybah, Hadis: 2976) 


Hadith 2:


Imam Ibn Hibban (rahimahullah) pula telah meriwayatkan pada versi yang lain di dalam Sahihnya: Saidatina ‘Aishah r.a mengatakan, “Nabi s.a.w pernah mengumpulkan keluarganya dan berkata, "Apabila ada di antara kamu yang mengalami kesedihan atau kegelisahan, maka hendaklah kamu mengucapkan "Allahu Allahu Rabbi La Ushriku Bihi Syaian” 


(Sahih Ibn Hibban; Al Ihsan, Hadis: 864)


Semoga bermanfaat.


JOIN MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah]

Rabu, 25 Ogos 2021

Rahsia makbulnya doa




 Jangan tergesa-gesa dalam berdoa


Daripada Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah ๏ทบ bersabda :


ุงุฏْุนُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ ูˆَุฃَู†ْุชُู…ْ ู…ُูˆู‚ِู†ُูˆู†َ ุจِุงู„ْุฅِุฌَุงุจَุฉِ ูˆَุงุนْู„َู…ُูˆุง ุฃَู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ู„َุง ูŠَุณْุชَุฌِูŠุจُ ุฏُุนَุงุกً ู…ِู†ْ ู‚َู„ْุจٍ ุบَุงูِู„ٍ ู„َุงู‡ٍ

"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dimakbulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai." 

[HR. al-Tirmizi no. 3479. Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan]


Dalam hadith yang lain, Nabi ๏ทบ bersabda :


 ู„َุง ูŠَุฒَุงู„ُ ูŠُุณْุชَุฌَุงุจُ ู„ِู„ْุนَุจْุฏِ ู…َุง ู„َู…ْ ูŠَุฏْุนُ ุจِุฅِุซْู…ٍ ุฃَูˆْ ู‚َุทِูŠุนَุฉِ ุฑَุญِู…ٍ ู…َุง ู„َู…ْ ูŠَุณْุชَุนْุฌِู„ْ ู‚ِูŠู„َ ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ู…َุง ุงู„ِุงุณْุชِุนْุฌَุงู„ُ ู‚َุงู„َ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ู‚َุฏْ ุฏَุนَูˆْุชُ ูˆَู‚َุฏْ ุฏَุนَูˆْุชُ ูَู„َู…ْ ุฃَุฑَ ูŠَุณْุชَุฌِูŠุจُ ู„ِูŠ ูَูŠَุณْุชَุญْุณِุฑُ ุนِู†ْุฏَ ุฐَู„ِูƒَ ูˆَูŠَุฏَุนُ ุงู„ุฏُّุนَุงุกَ

"Doa seseorang sentiasa akan dimakbulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturrahim dan tidak tergesa-gesa." Seorang sahabat bertanya; 'Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan tergesa-gesa?' Rasulullah ๏ทบ menjawab: 'Yang dimaksud dengan tergesa-gesa adalah apabila orang yang berdoa itu mengatakan; 'Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga dikabulkan'. Setelah itu, dia berasa putus asa dan tidak pernah berdoa lagi.'"[HR. Muslim no. 2735]


๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Amalan sebelum tidur

 TIDUR YANG BERPAHALA : AMALAN SAHIH SEBELUM TIDUR MALAM


Berikut merupakan tatacara tidurnya Rasulullah s.a.w dan ia menjadi sunnah yang perlu diikuti dan diamalkan.


1) Berwudhuk: Penekanan yang sangat ditekankan oleh Nabi s.a.w (HR Bukhori Muslim)


2) Tidur mengereng disebelah kanan

(HR Bukhori Muslim)


3) Meniup pada kedua telapak tangan sambil membaca Al Mu'awwidzat iaitu surat Al Ikhlash (qul huwallahu ahad), surat Al Falaq (qul a’udzu bi robbil falaq), dan surat An Naas (qul a’udzu bi robbinnaas), masing-masing sekali. Setelah itu mengusap kedua tangan tersebut ke wajah dan bagian tubuh yang dapat dijangkau sebanyak tiga kali usapan.

(HR Bukhori)


4) Membaca Ayatul Qursi sebelum tidur malam. (HR Bukhori)


5)  Membaca do’a sebelum tidur “Bismika allahumma amuutu wa ahyaa”.(HR Bukhori)


6) Berzikir sebelum tidur,

ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„ู‡ِ (33×)


ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ (33×)


ุงู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ (34×)


Subhanallah (33 x)


Alhamdulillah (33 x)


Allahu Akbar (33 x)


Artinya:

“Maha suci Allah (33 x), segala puji bagi Allah (33 x), Allah Maha Besar (34 x).


SURAH-SURAH YANG DIANJURKAN SEBELUM TIDUR MALAM


1) Al Kafirun  (HR Abu Daud)

2) Al Baqarah 285 & 286 (HR Bukhori)

2) Al Mulk & As Sajdah (HR Bukhori)


Jika tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.


๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Padang Mahsyar

 Pertanyaan Di Padang Mahsyar


ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ุจَุฑْุฒَุฉَ ุงู„ْุฃَุณْู„َู…ِูŠِّ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู„َุง ุชَุฒُูˆู„ُ ู‚َุฏَู…َุง ุนَุจْุฏٍ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ุญَุชَّู‰ ูŠُุณْุฃَู„َ ุนَู†ْ ุนُู…ُุฑِู‡ِ ูِูŠู…َุง ุฃَูْู†َุงู‡ُ ูˆَุนَู†ْ ุนِู„ْู…ِู‡ِ ูِูŠู…َ ูَุนَู„َ ูˆَุนَู†ْ ู…َุงู„ِู‡ِ ู…ِู†ْ ุฃَูŠْู†َ ุงูƒْุชَุณَุจَู‡ُ ูˆَูِูŠู…َ ุฃَู†ْูَู‚َู‡ُ ูˆَุนَู†ْ ุฌِุณْู…ِู‡ِ ูِูŠู…َ ุฃَุจْู„َุงู‡


Daripada Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya” HR Tirmizi No: 2341 Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Setiap kita pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan akan melalui pemeriksaan dan timbangan di atas amal kita semasa hidup


2.  Setiap kita akan ditanya tentang umur, kemana dihabiskan dan dimanfatkan?


3.  Akan ditanya tentang ilmu yang dimiliki. Adakah ilmu yang dimiliki bermanfaat? Adakah ilmu tersebut diamalkan? Adakah ilmu disebarkan sama ada melalui lisan atau tulisan?


4.  Setiap harta yang diperoleh akan ditanya, adakah diperolehi dengan cara yang halal atau sebaliknya?. Setiap sen yang di belanjakan juga akan ditanya kemana dan bagaimana diurus?


5.  Pada tubuh badan kita juga akan ditanya. Seluruh anggota dan pancaindera yang dimiliki, kemana telah digunakan semasa di dunia?


Berusahalah setiap masa untuk muhasabah apa yang kita milik sama ada umur, ilmu, harta dan seluruh anggota tubuh badan. Moga ia menjadi aset dan deposit amal soleh di akhirat nanti.  


JOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Istighfar

LAFADZ ISTIGHFAR YANG DI AJARKAN OLEH RASULULLAH S.A.W


Rasulullah s.a.w. bersabda,


ู…َู†ْ ู‚َุงู„َ ุฃَุณْุชَุบْูِุฑُ ุงู„ู„َّู‡َ ุงู„َّุฐِูŠ ู„َุง ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„َّุง ู‡ُูˆَ ุงู„ْุญَูŠَّ ุงู„ْู‚َูŠُّูˆู…َ ูˆَุฃَุชُูˆุจُ ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุบُูِุฑَ ู„َู‡ُ ูˆَุฅِู†ْ ูƒَุงู†َ ู‚َุฏْ ูَุฑَّ ู…ِู†ْ ุงู„ุฒَّุญْูِ.


Sesiapa yang mengucapkan,


"Astaghfirullahallazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaiihi",


diampunkan baginya meskipun dia pernah (melakukan dosa besar seperti) lari dari medan peperangan.


(Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1296/1517)


Maksud lafaz istighfar di atas,


"Aku mohon ampun kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang al-Hayyu dan al-Qayyum, dan kepada-Nya aku bertaubat."


Dalam riwayat lain, ada tambahan al-'Adzim = "Astaghfirullahal 'Adzim...." seterusnya adalah sama.


Bermaksud "Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung...." seterusnya adalah sama.


Tambahan al-'Adzim adalah daripada riwayat Ibn Mas'ud, dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak hadis no.: 1884 dan ia dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arna'uth sebagaimana yang beliau nyatakan dalam semakannya ke atas Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3894 dan Sunan Abu Daud, hadis no.: 1517.


Lafadz istighfar ini boleh dirutinkan dibaca setiap hari samada ketika lapang, ketika menyedari melakukan kesilapan yang tidak disengajakan, tergelincir melakukan dosa lalu menyesali.


Waktu yang terbaik untuk beristighfar adalah dipenghujung subuh selepas tahjud dan menunggu masuk waktu subuh. Inilah saat yang baik dan cara yang benar untuk memohon keampunan dan bukan melakukan solat taubat setiap hari.



๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Jagalah lisan dan tanganmu

 ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฆ.๐—”.๐—ช ๐—”๐—š๐—”๐—ฅ ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง


Hadith Sahih: Panduan Menjadi Muslim Yang Selamat


ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู…ُูˆุณَู‰ ุฑَุถِูŠَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู†ْู‡ُ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„ُูˆุง ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَูŠُّ ุงู„ْุฅِุณْู„َุงู…ِ ุฃَูْุถَู„ُ ู‚َุงู„َ ู…َู†ْ ุณَู„ِู…َ ุงู„ْู…ُุณْู„ِู…ُูˆู†َ ู…ِู†ْ ู„ِุณَุงู†ِู‡ِ ูˆَูŠَุฏِู‡ِ


Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya". (Sahih Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.


2.  Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.


3.  Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang.


4.  Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti FB, WhatsApp, telegram, tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis akan diminta pertanggungjawab dihadapan Allah. Firman Allah:


ุฅِู†َّ ูฑู„ุณَّู…ุۡนَ ูˆَูฑู„ุۡจَุตَุฑَ ูˆَูฑู„ูۡُุคَุงุฏَ ูƒُู„ُّ ุฃُูˆْู„َٰุฆِูƒَ ูƒَุงู†َ ุนَู†ูۡ‡ُ ู…َุณۡ‍ُูٔˆู„ุٗง 


“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)


5.  Imam al-Khaththabi rahimahullรขh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah  dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.


6.  Muslim yang paling utama ialah yang lisan dan tangannya menyelamatkan dirinya dan Muslim yang lain.


Berusahalah menjadi insan yang baik dan soleh dengan menjaga lisan dan tangan kita.


๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Solat witir

 ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ช๐—œ๐—ง๐—œ๐—ฅ


Solat witir dibuat sebanyak tiga rakaat. Samada tiga rakaat sekaligus (tanpa tahiyat awal), atau dibuat secara 2 rakaat salam (buat 2 rakaat dahulu, sesudah salam buat lagi 1 rakaat).


Di dalam riwayat yg sahih menjelaskan, pada rakaat yang pertama Nabi s.a.w membaca Al Fatihah dan surah Al-'Ala, rakaat kedua Al Fatihah dan Al Kafirun dan pada rakaat yang ketiga dibaca Al Fatihah dan surah (3 Qul dan terkadang dibaca Al Ikhlas). Namun bagi yang tidak mampu menghafal, maka tetap boleh baca surah-surah lain yg termampu dihafal.


Nabi s.a.w menganjurkan membaca doa qunut di dalam witir pada rakaat yang ketiga. Namun qunut ini tidak dirutinkan. Terkadang dibuat terkadang tidak.


Nabi s.a.w menegah melakukan dua kali witir pada satu malam. Maksudnya kalau dah buat witir selepas isyak maka jangan ulang witir bila bangun tahjud. Memadai melakukan tahjud sahaja.


Selepas selesai witir, Nabi terus mengucapkan 

ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ْู…َู„ِูƒِ ุงู„ْู‚ُุฏُّูˆุณِ

Subhanal Malikil Quddus

Ertinya "Suci Engkau yang Maha Merajai lagi Maha Suci dari berbagai kekurangan" (baca 3X)


[HR. Abu Daud no. 1430, An-Nasa'i no. 1735, dan Ahmad 3: 406. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih]


Walaupun witir bukan solat wajib, namun penekanan yang disarankan oleh Nabi s.a.w seolah-olah seperti wajib  Justeru, selain dari solat sunat fajar, maka jaga solat sunat witir sebagaimana kita menjaga solat fardhu.

Ya, kita nak satu satu ilmu yang bermanfaat, sahih, dapat berikan kebaikan untuk akhirat, dapat pahala besar yang pasti, kita nak terlepas siksa kubur dan sejahtera di alam barzah tanpa dipersoal.
Jadi apa ilmu yg kita nak tau dan nak hadam malam ini agar kita dapat manfaatkan yang dinyatakan di atas? Kita nak apabila kita dengar seruan amal seperti ni seolah2 kita berada di dalam majlis ilmu.
1) Selepas solat Isyak, buat sunat ba'diah 2 rakaat.
2) Selesai ba'diah, bangun buat 2 rakaat witir, selesai salam bangun lagi buat pula 1 rakaat witir.
3) Habis Witir, kita baca surah Al Mulk.
Kalau tahu ilmu tapi kalau tak amal maka kita ibarat dapat kereta tanpa kunci.
Mari tambah amal, Ingatlah bahawa setiap hari usia kita semakin meningkat, dan dengan semakin meningkat usia setiap hari itu, waktu mendekati ajal juga semakin dekat.
~MRJYa, kita nak satu satu ilmu yang bermanfaat, sahih, dapat berikan kebaikan untuk akhirat, dapat pahala besar yang pasti, kita nak terlepas siksa kubur dan sejahtera di alam barzah tanpa dipersoal.
Jadi apa ilmu yg kita nak tau dan nak hadam malam ini agar kita dapat manfaatkan yang dinyatakan di atas? Kita nak apabila kita dengar seruan amal seperti ni seolah2 kita berada di dalam majlis ilmu.
1) Selepas solat Isyak, buat sunat ba'diah 2 rakaat.
2) Selesai ba'diah, bangun buat 2 rakaat witir, selesai salam bangun lagi buat pula 1 rakaat witir.
3) Habis Witir, kita baca surah Al Mulk.
Kalau tahu ilmu tapi kalau tak amal maka kita ibarat dapat kereta tanpa kunci.
Mari tambah amal, Ingatlah bahawa setiap hari usia kita semakin meningkat, dan dengan semakin meningkat usia setiap hari itu, waktu mendekati ajal juga semakin dekat.
~MRJ

๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Ikhlaslah engkau duhai hati






๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ง๐—”๐—จ ๐—ž๐—˜๐—–๐—œ๐—Ÿ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ ๐—œ๐—ง๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ก๐—œ๐—”๐—ง

Sedarilah bahawa besarnya pahala sesuatu perbuatan amal ia tidak tergantung kepada kuantiti amal tetapi ia tergantung kepada quality amal iaitu menjurus kepada keikhlasan niat.

Terkadang kita terlepas pandang untuk memperhatikan niat kita dan meluruskan niat kita hanya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. 

Pahala amal yang hebat dan besar itu boleh menjadi kecil kerana niat yang kurang ikhlas dan sebaliknya, tatkala amal yang kecil itu boleh menjadi besar pahalanya disebabkan niat yang sangat ikhlas.

Ibnul Mubarak berkata,

ุฑุจ ุนู…ู„ ุตุบูŠุฑ ุชุนุธู…ู‡ ุงู„ู†ูŠุฉ، ูˆุฑุจ ุนู…ู„ ูƒุจูŠุฑ ุชุตุบุฑู‡ ุงู„ู†ูŠุฉ

“Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar (pahalanya) disebabkan niat. Dan betapa banyak amalan yang besar menjadi kecil (pahalanya) disebabkan niat.” (Al-Jami’ Ulum wal Hikam)

Contoh yang boleh dijadikan ibrah(pengajaran) disini adalah apabila Nabi s.a.w ada menyebut di dalam riwayat yg sahih berkenaan amalan kecil yang dilakukan oleh para sahabat baginda s.a.w yang jauh lebih besar daripada pahala amal yang dilakukan oleh umat akhir zaman, sedangkan sesuatu yang dilakukan oleh umat akhir zaman lebih banyak dan lebih besar jika dilihat secara zahir. Senario ini telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w dengan memperumpamakan dengan emas sebesar gunung Uhud yang kita (umat akhir zaman) infaqkan, tidak mampu untuk menandingi pahala satu mud emas bahkan setengah mud emas yang diinfaqkkan oleh para sahabat baginda s.a.w.

Rasulullahu shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ู„َุง ุชَุณُุจُّูˆุง ุฃَุตْุญَุงุจِูŠ ูَู„َูˆْ ุฃَู†َّ ุฃَุญَุฏَูƒُู…ْ ุฃَู†ْูَู‚َ ู…ِุซْู„َ ุฃُุญُุฏٍ ุฐَู‡َุจًุง ู…َุง ุจَู„َุบَ ู…ُุฏَّ ุฃَุญَุฏِู‡ِู…ْ ูˆَู„َุง ู†َุตِูŠูَู‡ُ

”Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku. Seandainya salah seorang dari kalian berinfaq emas seperti Gunung Uhud, tidak akan menyamai satu mud (infaq) salah seorang dari mereka dan tidak pula setengahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana itu, yang dinilai oleh Allah bukanlah kepada banyaknya amal semata, tetapi siapa yang paling baik amalnya iaitu paling ikhlas dan paling baik dalam menunaikannya.

Semoga bermanfaat.

๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน
https://t.me/mrjchanneldakwah


 

Awas! Hentikanlah berkata tentang saudaramu

 





๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—˜๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐——๐—œ๐—š๐—›๐—œ๐—•๐—”๐—› (๐——๐—œ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง)

✋๐Ÿป❌ Jangan kita bersikap untuk terus menerima khabaran cerita-cerita yang memburuk-burukkan muslim lain. Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa, sekiranya hal buruk yang diceritakan itu benarkan sekalipun maka ia tetap mendapat dosa ghibah (mengumpat) namun jika ia tidak benar maka ia akan mendapat dosa memfitnah, sedang dosa fitnah lebih dahsyat dari dosa membunuh.

DAN APABILA seseorang itu dapat membela seorang muslim lain dari dighibah (diumpat), dan dapat menghentikan ghibah dari terus disebar, besar fadhilah yang bakal diperolehi oleh orang yang membela kehormatan saudaranya muslim. Berikut di antara hujah-hujah dalilnya :

1️⃣. ALLAH AKAN MENOLONG SEMUA URUSANNYA

๐Ÿ—’️ Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, Rasulullah ๏ทบ bersabda :

ู…َู†ْ ู†َุตَุฑَ ุฃَุฎَุงู‡ُ ุจِุธَู‡ْุฑِ ุงู„ْุบَูŠْุจِ , ู†َุตَุฑَู‡ُ ุงู„ู„ู‡ُ ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูˆَุงู„ْุขุฎِุฑَุฉِ

"Siapa yang membela kehormatan saudaranya saat dia tidak ada, maka Allah akan menolongnya di dunia dan akhirat."
{-HASAN- (Shahih Al Jami', 6574) HR. Al Baihaqi dalam Al Kubra (16462), Adh-Dhiya' (1859), dan Al Qudha'i (473)}

2️⃣. BAKAL DIUTUS MALAIKAT YANG AKAN MENJAGA DARI SIKSA NERAKA

๐Ÿ—’️ Dari Mu'adz bin Anas Al Juhani radhiyallahu 'anhu, Rasulullah ๏ทบ bersabda :

ู…َู†ْ ุญَู…َู‰ ู…ُุคْู…ِู†ًุง ู…ِู†ْ ู…ُู†َุงูِู‚ٍ ูŠَุนِูŠุจُู‡ُ , ุจَุนَุซَ ุงู„ู„ู‡ُ ุชَุจَุงุฑَูƒَ ูˆَุชَุนَุงู„َู‰ ู…َู„َูƒًุง ูŠَุญْู…ِูŠ ู„َุญْู…َู‡ُ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ู…ِู†ْ ู†َุงุฑِ ุฌَู‡َู†َّู…َ

"Siapa saja yang membela seorang mu'min dari celaan orang munafiq; maka pada hari kiamat Allah akan mengutus seorang malaikat yang akan menjaga jasadnya dari api neraka."
{-HASAN- (Tahqiq Al Misykah, Ed. II) HR. Abu Dawud (4883) dan Ahmad (15649)}

3️⃣. GANJARAN BAGI YANG MENGHENTIKAN ORANG YANG MAU MEN-GHIBAH (MENGUMPAT) SAUDARANYA IALAH PASTI DIBEBASKAN DARI SIKSA AKHIRAT

๐Ÿ—’️ Dari Abud Darda' radhiyallahu 'anhu, Rasulullah ๏ทบ bersabda :

ู…َู†ْ ุฑَุฏَّ ุนَู†ْ ุนِุฑْุถِ ุฃَุฎِูŠู‡ِ ุฑَุฏَّ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู†ْ ูˆَุฌْู‡ِู‡ِ ุงู„ู†َّุงุฑَ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ

"Barang siapa yang menghentikan ghibah(umpatan) terhadap saudaranya; niscaya Allah akan jauhkan wajahnya dari neraka pada hari kiamat."
{-SHAHIH- (Shahih Al Jami', 6262) HR. At Tirmidzi (1931) dan Ahmad (27453)}

๐Ÿ—’️ Dari Asma' bintu Yazid radhiyallahu 'anha, Rasulullah ๏ทบ bersabda :

ู…َู†ْ ุฐَุจَّ ุนَู†ْ ู„َุญْู…ِ ุฃَุฎِูŠู‡ِ ุจِุงู„ْุบَูŠْุจَุฉِ ูƒَุงู†َ ุญَู‚ًّุง ุนَู„َู‰ ุงู„ู„ู‡ِ ุฃَู†ْ ูŠُุนْุชِู‚َู‡ُ ู…ِู†َ ุงู„ู†َّุงุฑِ 

"Siapa yang melindungi kehormatan saudaranya saat dighibahi (membela dan menghentikan ghibah itu, maka Allah pasti akan membebaskannya dari neraka."
{-SHAHIH LI GHAIRIH- (Shahih At-Targhib, 2847) HR. Ahmad (27609) dan Musnad Ath-Thayalisi (1632)}

๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน
https://t.me/mrjchanneldakwah


Amalan terhindar neraka

 




๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š
๐——๐—œ๐—๐—”๐— ๐—œ๐—ก ๐——๐—œ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐— ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”

Diharamkan dari api Neraka bagi insan-insan yang ISTIQOMAH menjaga 4 rakaat qabliah zohor(dilakukan secara 2 rakaat salam) dan 4 rakaat ba'diah zohor (dilakukan secara 2 rakaat salam)

Khabaran dari hadith, status hadith: Hasan Shahih.

CARANYA:-
Sebaik selepas azan zohor kita buat 2 rakaat solat sunat qabliah zohor, kemudian sesudah salam kita lakukan sekali lagi 2 rakaat qabliah zohor. kemudian baharulah kita melakukan solat fardhu zohor. Selesai solat fardhu zohor dan zikirnya maka kita buat pula solat sunat ba'diah iaitu 2 rakaat, seusai 2 rakaat maka kita lakukan sekali lagi 2 rakaat ba'diah. 

Niat dihati tanpa perlu dilafadzkan.

Terutama bagi mereka yang pernah terlibat dengan dosa berat seperti meninggalkan solat, zina derhaka ibu/bapa/suami dan sebagainya maka setelah kalian bertaubat dengan taubatan nasuha, maka bersungguhlah untuk usahakan amalan ini.

๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน
https://t.me/mrjchanneldakwah

Pahalanya seperti pahala haji dan umrah - solat sunat isyraq

 





๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—› ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐— ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—จ๐——๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—ฅ๐—”๐—ค

Sabda Nabi SAW;

ู…َู†ْ ุตَู„َّู‰ ุงู„ุบَุฏَุงุฉَ ูِูŠ ุฌَู…َุงุนَุฉٍ ุซُู…َّ ู‚َุนَุฏَ ูŠَุฐْูƒُุฑُ ุงู„ู„َّู‡َ ุญَุชَّู‰ ุชَุทْู„ُุนَ ุงู„ุดَّู…ْุณُ، ุซُู…َّ ุตَู„َّู‰ ุฑَูƒْุนَุชَูŠْู†ِ ูƒَุงู†َุชْ ู„َู‡ُ ูƒَุฃَุฌْุฑِ ุญَุฌَّุฉٍ ูˆَุนُู…ْุฑَุฉٍ ุชَุงู…َّุฉٍ ุชَุงู…َّุฉٍ ุชَุงู…َّุฉٍ

“Sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit matahari, kemudian dia bersolat pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanya seumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna” (Sunan at-Tirmizi; 586. Dari Anas RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan gharib).

Maksud Hadith:-

Di dalam keterangan hadith di atas Nabi s.a.w menjelaskan yang maksudnya, sekiranya seseorang itu (tidak kira samada lelaki atau perempuan) pergi ke masjid/surau untuk mengerjakan solat subuh secara berjamaah, kemudian setelah selesai solat berjamaah di masjid/surau lalu dia duduk dulu samada dia melakukan zikir atau dia baca Al Quran atau dia dengar kuliah hinggalah terbit matahari dan naik anggaran tinggi segalah (waktu ini dinamakan sebagai isyraq sekitar 7.45pg waktu semenanjung), kemudian dia melakukan dua rakaat solat sunat, maka dia akan mendapat pahala haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna.

Nabi sebut 3 kali ucapan "sempurna, sempurna &, sempurna'. Maksudnya , pasti orang yang melaksanakannya akan dapat pahala tersebut.

Isyraq ini, sebenarnya ia merujuk kepada waktu permulaan matahari terbit dan naik (keluar sempurna) anggaran tinggi segalah. Waktu ini adalah merupakan waktu terawal (waktu permulaan)  yang membolehkan untuk seseorang itu melakukan solat sunat DHUHA jika dia berada di rumah, dipejabat atau dimana sahaja. 

Fadhilat di atas khusus bagi orang yang mendatangi masjid/surau disubuh hari, jika yang berada dirumah maka dia tidak mendapat manfaat tersebut melainkan manfaat solat dhuha sahaja.

Perlu kita ketahui bahawa, kita dilarang untuk melakukan solat sunat ketika matahari terbit kerana pada ketika itu Agama Majusi menyembah matahari. Justeru kena tunggu dulu matahari naik anggaran tinggi segalah baharu kita boleh melakukan solat sunat dhuha diwaktu isyraq. Namun waktu terbaik dhuha adalah ketika panas terik matahari mula terpancar (sekitar jam 10pg waktu semenanjung).

Hadits di atas dikatakan oleh Imam Turmudzi sebagai “Hasan”,  diriwayatkan oleh satu orang perawi saja pada satu tingkatan sanadnya (gharib). Hadith ini dikuatkan oleh hadits serupa dengan jalur sanad yang berbeda (syahid).

Bahkan Syekh Albani menghukumi bahwa hadits ini adalah hadits shahih, sebagaimana dalam Shahih Jami’ Shaghir 5/ 313 no 6222 dari hadits Anas bin Malik.

Semoga bermanfaat.

๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน
https://t.me/mrjchanneldakwah
https://t.me/mrjchanneldakwah


Mengharap syurga, menghindari neraka

 




Dalam sehari, bacalah doa ini sebanyak tiga kali, tak kira samada ianya dibaca di dalam solat atau diluar solat agar ia menjadi saksi ketika kita bertemu Tuhan kelak, kita ada alasan untuk sandarkan bahawa setiap hari kita minta pada Allah agar dimasukkan ke dalam Syurga dan dijauhi dari Neraka.

Tidaklah Nabi s.a.w mengkhabarkan satu perkara melainkan ianya sesuatu hal yang amat bermanfaat. Justeru, lancarkan, hafal serta amalkan. 

Semoga bermanfaat

๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน
https://t.me/mrjchanneldakwah


Solat Sunat Subuh atau Fajar







 Ya, JANGAN TINGGAL SOLAT SUNAT FAJAR iaitu dua rakaat solat sunat selepas azan. Solat sunat fajar ini adalah solat sunat qabliah subuh atau nama lainnya solat sunat subuh. Ia adalah solat yang sama, cuma nama saja yg beza.


Apabila masuk sahaja waktu subuh, selepas azan maka lakukan dua rakaat solat sunat fajar dahulu kemudian baharulah lakukan solat fardhu subuh.


Kenapa di namakan solat sunat fajar? Fajar maksudnya adalah subuh iaitu apabila terbit benang-benang putih dilangit (fajar sodiq) menandakan masuknya waktu subuh.


Jika ada yang kata "solat sunat fajar ini dilakukan sebelum subuh ka?". Jawapannya BUKAN. Sebelum subuh itu adalah waktu untuk kita melakukan sunat tahjud atau witir.


Ada yang berkata "ostad....aku bangun lewat 6.45 masih bolehkah solat sunat fajar?" Jawabnya YA, selagi mana sempat dan ada waktu maka tetap boleh melakukannya.


Ada yang berkata "ostad...aku datang masjid si bilal sudah iqomah", jawabnya dahulukan solat fardhu subuh bersama imam kemudian lakukan sunat fajar sesudahnya.


Ada yang berkata "apakah musafir pun kena buat sunat fajar?" , jawabnya YA, semasa musafir tidak dibuat sunat rawatib yg lain kecuali sunat fajar.


Jika ditanya APAKAH GANJARANNYA hingga sedemikian rupa perlu dijaga? Jawabnya...khabaran dari Nabi s.a.w yang maksudnya...kalaulah dunia dan  seluruh isinya milik kita, nescaya orang yang istiqomah melakukan dua rakaat solat sunat fajar ini, Allah nak beri lebih hebat dari itu. 


MAKA KERANA ITU, JANGAN SESEKALI KITA MENINGGALKAN DUA RAKAAT SOLAT SUNAT FAJAR  YANG AMAT BERHARGA INI DAN JAGALAH IA SEBAGAIMANA KITA MENJAGA SOLAT FARDHU.


JOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Pencegahan Covid-19 Ikhtiar Sang Hamba


Saya telah berkongsi cara merawat covid melalui pemakanan dengan ramai followers, biizdnillah saya menerima respond yang baik, Alhamdulilah ramai dikalangan mereka sembuh termasuk 4 rakan karib saya yang turut terkena wabak covid. Ada diantara mereka yang stage 4.


Sebenarnya masalah covid boleh dirawat dan boleh segera sembuh asalkan tindakan seberapa segera bila dapat merasai tanda-tanda awal pada tubuh.


Kes menjadi parah hingga terpaksa diberi bantuan pernafasan dan ditidurkan adalah disebabkan pesakit buat tak tahu tanpa sebarang usaha untuk merawat. Mereka anggap demam biasa-biasa, atau batuk-batuk biasa lalu apabila menjangkau masuk hari keempat dan kelima sudah agak lewat untuk dikawal lebih-lebih lagi jika terkena variant delta.


Sebaik mendapat rasa seram-seram sejuk sebelum demam, peringkat inilah yang paling terawal yang paling terbaik untuk merawat. Bila ada tanpa simptom awal terus amalkan.


1) Minum kelapa muda setiap hari selama 4 atau 5 hari untuk menawarkan sekiranya ada keracunan dalam badan.


2) Kemudian minum vitamin C jenis serbuk 300mg atau 500mg sehari sekali.


3) Amalkan 2 sudu madu dan 2 sudu minyak zaitun yang dicampurkan dengan air suam 2 kali sehari semasa perut kosong (pagi dan malam)


4) Paling mustahak untuk kalian consume minyak habatussauda dititikan 3@4 dos dibawah lidah kemudian dikemam selama anggaran 3 minit dan ditelan. Amalkan 3 kali sehari (pagi, tengah hari dan malam)


5) Kerapkan minum air panas teh + 3 biji cengkih yg diletakkan dalam jug dan minum setiap hari dalam 2 liter sehari.


Oleh yang demikian itu, saya nasihatkan standby dan simpan siap-siap dirumah kalian Vitamin C, cengkih, madu, minyak zaitun dan habatussauda agar tindakan cepat dapat diambil seberapa segera bagi mengelakkan virus menyerang dan merosakkan paru-paru dengan kadar masa yang sangat cepat.


Sebarkan info ini pada yang memerlukan.


MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

Bagaimanakah Solat Dhuha







 ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ ๐—ฅ๐—˜๐—ญ๐—˜๐—ž๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—›๐—จ๐—›๐—”


1. Lakukan 4 rakaat Dhuha secara 2 rakaat salam. Allah SWT akan mencukupkan keperluan pada hari itu.


2. Kemudian setelah selesai Dhuha maka beristighfarlah seperti bacaan di dalam photo sebanyak 100 kali.


3. Bacalah doa pembuka rezeki (di dalam sujud solat secara lafadz) dengan doa yang pernah di doakan oleh Nabi s.a.w kepada An -Nas bin Malik hingga menyebabkan An Nas bin Malik menjadi sangat kaya.


Jadi, jika untuk dibaca untuk diri sendiri maka caranya:-


ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَูƒْุซِุฑْ ู…َุงู„ูŠ ูˆَูˆَู„َุฏูŠ ูˆูˆุงู„ุณุน ู„ูŠ ููŠ ุฏุงุฑูŠ ูˆَุจَุงุฑِูƒْ ู„َูŠ ููŠู…ุง ุงุนุทูŠุชู†ูŠ ูˆุงุญุณู† ุงุนู…ุงู„ูŠ ูˆุงู„ุบูุฑู„ูŠ


Allahumma aksir maali wawaladi,

wawasi’ li fii daari,

wabarikli fima a’atoitani,

waahsin aamali, 

waghfirli.


Maksudnya:

Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak-anakku, luaskanlah rumahku,

berkatikanlah semua yang Kau beri kepadaku, perbaiki amalanku, 

dan ampunkan untukku.


MARI KITA RUJUK SANDARAN DALIL


1. Hadith Qudsi: Allah cukupkan keperluan sepanjang hari


Hadis dari Uqbah bin Amir al-Juhani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ‎shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,


ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุนَุฒَّ ูˆَุฌَู„َّ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ูŠَุง ุงุจْู†َ ุขุฏَู…َ ุงูƒْูِู†ِู‰ ุฃَูˆَّู„َ ุงู„ู†َّู‡َุงุฑِ ุจِุฃَุฑْุจَุนِ ุฑَูƒَุนَุงุชٍ ุฃَูƒْูِูƒَ ุจِู‡ِู†َّ ุขุฎِุฑَ ูŠَูˆْู…ِูƒَ


Sesungguhnya Allah berfirman: “Wahai ‎anak adam, laksanakan untuk-Ku 4 rakaat di awal siang, Aku akan cukupi ‎dirimu dengan solat itu di akhir harimu.” (HR. Ahmad 17390, dan dishahihkan al-Albani dalam Shahih Targhib wat Tarhib 666 dan Syuaib al-Arnauth).‎


2. Bacaan Istighfar Nabi s.a.w selepas dhuha:


Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam setelah selesai solat Dhuha, beliau mengucapkan,


ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุบْูِุฑْ ู„ِูŠ، ูˆَุชُุจْ ุนَู„َูŠَّ، ุฅِู†َّูƒَ ุฃَู†ْุชَ ุงู„ุชَّูˆَّุงุจُ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู…ِ


Allah hummarghfirlii, Watub 'Alayya, Innaka Antat Tawwaabur Rahiim


Ertinya: "Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang", sampai beliau membacanya seratus kali.” (HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini sanadnya shahih.)


ISTIGHFAR ADALAH AMALAN PEMBUKA REZEKI (QS NUH AYAT 10~12)


3. Doa pembuka rezeki yang di doakan oleh Nabi s.a.w kepada An Nas Bin Malik:


ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَูƒْุซِุฑْ ู…َุงู„َู‡ُ ูˆَูˆَู„َุฏَู‡ُ ูˆَุจَุงุฑِูƒْ ู„َู‡ُ ูِูŠْู‡ِ


Maksudnya: "Ya Allah, banyakkanlah hartanya, anaknya dan berkatilah apa yang engkau kurniakan padanya."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kesan daripada doa tersebut, Allah telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: 


“Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”


Jika dibaca untuk diri sendiri, maka cara bacaannya:-


ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَูƒْุซِุฑْ ู…َุงู„ูŠ ูˆَูˆَู„َุฏูŠ ูˆูˆุงู„ุณุน ู„ูŠ ููŠ ุฏุงุฑูŠ ูˆَุจَุงุฑِูƒْ ู„َูŠ ููŠู…ุง ุงุนุทูŠุชู†ูŠ ูˆุงุญุณู† ุงุนู…ุงู„ูŠ ูˆุงู„ุบูุฑู„ูŠ


Allahumma aksir maali wawaladi,

wawasi’ li fii daari,

wabarikli fima a’atoitani,

waahsin aamali, 

waghfirli.


Maksudnya:

"Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak-anakku, 

luaskanlah rumahku,

berkatikanlah semua yang Kau beri kepadaku, perbaiki amalanku, 

dan ampunilah aku."


Semoga bermanfaat.


TELEGRAM MRJ CHANNEL 

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

Doa bangkit ruku'

 


๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ง


Peristiwa itu terjadi ketika Nabi s.a.w dan para sahabat sedang solat berjamaah. Ketika i'tidal, Rasulullah sebagai imam membaca:


ุณَู…ِุนَ ุงู„ู„َّู‡ُ ู„ِู…َู†ْ ุญَู…ِุฏَู‡ُ


Namun, Nabi s.a.w terdengar ada salah seorang sahabat yang menjadi makmum dibelakang baginda membaca:


ุฑَุจَّู†َุง ูˆَู„َูƒَ ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ، ุญَู…ْุฏًุง ูƒَุซِูŠุฑًุง ุทَูŠِّุจًุง ู…ُุจَุงุฑَูƒًุง ูِูŠู‡ِ


"Rabbanaa wa laka al-hamdu Hamdan Katsiiran Thayyiban Mubaarakan Fiih"


Ertinya: "Ya Tuhan kami, segala puji hanyalah bagi-Mu. Aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh berkah"


Ketika solat telah selesai, Nabi s.a.w bertanya, "Siapa yang membaca doa tadi?"


Seorang sahabat menjawab, "Saya, ya Rasulullah"


Nabi s.a.w lantas berkata:


"Aku melihat lebih dari 30 malaikat saling berebut siapa di antara mereka yang mencatatnya terlebih dahulu."


Hadits ini dari Rifa’ah bin Rofi’ yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Abu Daud.


TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Doa selepas wudu'

 






๐——๐—ข๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ช๐—จ๐——๐—›๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐——๐—œ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ

Bagi yang belum menghafal doa ini maka sungguh-sungguhlah hafal dan amal. Bagi yang tidak istiqomah maka istiqomahkanlah kerana hebatnya amalan ini hatta dimahsyar kelak Allah SWT akan bukakan ke semua lapan-lapan pintu Syurga sebagai satu penghormatan kepada orang yang istiqomah mengamalkan amalan ini untuk dipersilakan dia masuk melalui arah pintu Syurga mana yang dia sukai.

Hebat amalan ni. Jangan sampai terlepas.

JOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน
https://t.me/mrjchanneldakwah





Adab berpakaian


๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—œ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก


Diriwayat daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :


ุณِุชْุฑُ ู…َุง ุจَูŠْู†َ ุฃَุนْูŠُู†ِ ุงู„ْุฌِู†ِّ، ูˆَุนَูˆْุฑَุงุชِ ุจَู†ِูŠ ุขุฏَู…َ ุฅِุฐَุง ูˆَุถَุนُูˆุง ุซِูŠَุงุจَู‡ُู…ْ ุฃَู†ْ ูŠَู‚ُูˆู„ُูˆุง : ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ

“Penghalang (hijab) antara pandangan mata jin dan aurat bani Adam ketika membuka pakaian ialah membaca bismillah (dengan nama Allah)” [HR al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Ausat (2504)]


Berdasarkan pengajaran dari hadith ini, amalkan setiap kali membuka pakaian dengan mendahulukan membaca BISMILLAH dan di dahulukan dengan menanggalkan pakaian disebelah kiri.


Semoga bermanfaat.


JOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Surah Al- mulk

 [ Photo ]

๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ-๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ


Siksa kubur itu benar. Justeru antara amalan yang disarankan oleh Nabi s.a.w yang mana ia menjadi penghalang dari siksa kubur adalah MERUTINKAN membaca surah Al Mulk pada malam hari. Ini adalah antara kelebihan/fadhilat surah Al Mulk yang dapat menjadi syafaat (penolong) selepas kematian kepada sipembacanya.


Justeru amalkan membaca surah Al Mulk pada malam hari samada ia dibaca selepas maghrib atau selepas Isyak atau sebelum tidur atau ketika tahjud, asalkan ia dibaca pada malam hari.


Tidak syarat hafal, bacalah samada menggunakan mushaf Al-Quran atau Quran terjemahan atau melalui gajet.


Dalil berkenaan fadhilat surah Al Mulk ini diriwayatkan oleh Imam An Nasai dalam Al Kabir 6/179 dan Al Hakim. Imam Al Hakim mengatakan bahwa sanad hadits tersebut shahih.


JOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Mustajab doa


๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—› ๐——๐—ข๐—” ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—๐—”๐—• ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ญ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ค๐—ข๐— ๐—”๐—›


Antara ruang dan peluang yang tidak sepatut kita lepaskan adalah memanfaatkan waktu untuk berdoa antara waktu azan dan iqomah.


Manfaat ruang ini tidak syarat untuk seseorang itu berada atau mendatangi masjid semata. Ia tetap boleh dilakukan dirumah.


Telah menjadi ketatapan standard di masjid/surau di Malaysia, berdasarkan alarm jam yang telah diset dimasjid/surau,  waktu muazzin melakukan iqomah adalah 15 minit selepas azan.


Jadi, bagi yang solat dirumah dan mendengar azan di masjid/surau, kalian boleh anggarkan atau target masa  untuk melakukan solat sunat qabliah dan berdoa sekitar 15 minit selepas azan. Justeru, ketika mendengar azan bersegeralah berwudhuk agar kalian berkesempatan untuk melakukan doa antara waktu azan dan iqomah.


Berdoalah sambil angkat tangan sebaik selepas melakukan solat sunat qabliah, hal ini dibolehkan bagi mendapatkan doa mustajab.


Semoga bermanfaat.


JOIN MRJ CHANNEL

Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน

https://t.me/mrjchanneldakwah

Doa bangun tidur


๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—›๐—œ ๐——๐—ข๐—” ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—๐—”๐—• ๐—ž๐—˜๐—งIKA TERJAGA DARI TIDUR



Apabila seseorang itu TERBANGUN pada tengah malam, (bukan bangun pagi) maka ketika itu Allah tawarkan kepadanya doa mustajab, sekiranya dengan terbangunnya itu kemudian dia memanfaatkan dengan mengucapkan 3 zikir ini iaitu:


ู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุงู„ู„َّู‡ُ، ูˆَุญْุฏَู‡ُ ู„ุงَ ุดَุฑِูŠْูƒَ ู„َู‡ُ، ู„َู‡ُ ุงู„ْู…ُู„ْูƒُ ูˆَู„َู‡ُ ุงู„ْุญَู…ْุฏُ، ูˆَู‡ُูˆَ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَูŠْุกٍ ู‚َุฏِูŠْุฑٌ، 


ุงَู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ، ูˆَุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ِ، ูˆَู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุงู„ู„َّู‡ُ، ูˆَุงู„ู„َّู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ، 


ูˆَู„ุงَ ุญَูˆْู„َ ูˆَู„ุงَ ู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„ุงَّ ุจِุงู„ู„َّู‡ِ


Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir,


Alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, 


Wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.


KEMUDIAN DIA LANJUTKAN PULA DENGAN BERDOA ATAU BERISTIGHFAR


Maka jika dia berdoa, Allah pasti kabulkan permintaannya dan jika dia beristighfar maka Allah ampuni dosanya pada ketika itu juga.


RUJUKAN:  SHAHIH BUKHORI 1103.


https://t.me/mrjchanneldakwah

Pengampunan dosa


๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—ข๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—ข๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—ญ๐—”๐—ก


Amalan sesudah mendengarkan azan, yang jika diamalkan akan mendapatkan ampunan dosa dari Allah SWT. 


Dari Sa’ad bin Abi Waqqash, dari Rasulullah ๏ทบ bersabda:


ู…َู†ْ ู‚َุงู„َ ุญِูŠู†َ ูŠَุณْู…َุนُ ุงู„ْู…ُุคَุฐِّู†َ ุฃَุดْู‡َุฏُ ุฃَู†ْ ู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุงู„ู„َّู‡ُ ูˆَุญْุฏَู‡ُ ู„ุงَ ุดَุฑِูŠูƒَ ู„َู‡ُ ูˆَุฃَู†َّ ู…ُุญَู…َّุฏًุง ุนَุจْุฏُู‡ُ ูˆَุฑَุณُูˆู„ُู‡ُ ุฑَุถِูŠุชُ ุจِุงู„ู„َّู‡ِ ุฑَุจًّุง ูˆَุจِู…ُุญَู…َّุฏٍ ุฑَุณُูˆู„ุงً ูˆَุจِุงู„ุฅِุณْู„ุงَู…ِ ุฏِูŠู†ًุง. ุบُูِุฑَ ู„َู‡ُ ุฐَู†ْุจُู‡ُ


“Siapa yang mengucapkan setelah mendengar azan: 


"Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu laa syarika lah wa anna Muhammadan ‘abduhu wa Rosuluh. Rodhitu billahi robbaa wa bi Muhammadin Rosulaa wa bil Islami diinaa"

 

Ertinya: Aku bersaksi bahwa tidak ada Sesembahan yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Aku redha Allah sebagai Rabbku, Muhammad sebagai Rasulku dan Islam sebagai agamaku, maka DOSAnya akan DIAMPUNI.” [HR. Muslim no. 386]


Creadit to MRJ CHANNEL

https://t.me/mrjchanneldakwah