Khamis, 30 September 2021
Jumaat, 27 Ogos 2021
Zikir menghilangkan gelisah dan sedih
๐ญ๐๐๐๐ฅ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก
Diriwayatkan di dalam dua hadith sahih:-
Hadith 1:
Saidatina Asma binti 'Umays r.a mengatakan, Nabi s.a.w mengajarkan kepadaku kata-kata ini untuk dibaca ketika di dalam dengan kegelisahan, "Allahu Allahu Rabbi La Ushriku Bihi Syaian"
Ertinya "Allah, Allah Rabbku, tidak aku sekutukan-NYA dengan sesuatu yang lain"
(Sunan Abi Dawud, Hadis: 1520, Sunan Ibn Majah, Hadis: 3882. Rujuk Nota Kaki: Syekh Muhammad ‘Awwamah pada Musannaf Ibn Abi Shaybah, Hadis: 2976)
Hadith 2:
Imam Ibn Hibban (rahimahullah) pula telah meriwayatkan pada versi yang lain di dalam Sahihnya: Saidatina ‘Aishah r.a mengatakan, “Nabi s.a.w pernah mengumpulkan keluarganya dan berkata, "Apabila ada di antara kamu yang mengalami kesedihan atau kegelisahan, maka hendaklah kamu mengucapkan "Allahu Allahu Rabbi La Ushriku Bihi Syaian”
(Sahih Ibn Hibban; Al Ihsan, Hadis: 864)
Semoga bermanfaat.
JOIN MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah]
Rabu, 25 Ogos 2021
Rahsia makbulnya doa
Jangan tergesa-gesa dalam berdoa
Daripada Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah ๏ทบ bersabda :
ุงุฏْุนُูุง ุงََّููู َูุฃَْูุชُู ْ ู َُُِููููู ุจِุงْูุฅِุฌَุงุจَุฉِ َูุงุนَْูู ُูุง ุฃََّู ุงََّููู َูุง َูุณْุชَุฌِูุจُ ุฏُุนَุงุกً ู ِْู َْููุจٍ ุบَุงٍِูู َูุงٍู
"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dimakbulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai."
[HR. al-Tirmizi no. 3479. Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan]
Dalam hadith yang lain, Nabi ๏ทบ bersabda :
َูุง َูุฒَุงُู ُูุณْุชَุฌَุงุจُ ِْููุนَุจْุฏِ ู َุง َูู ْ َูุฏْุนُ ุจِุฅِุซْู ٍ ุฃَْู َูุทِูุนَุฉِ ุฑَุญِู ٍ ู َุง َูู ْ َูุณْุชَุนْุฌِْู َِููู َูุง ุฑَุณَُูู ุงَِّููู ู َุง ุงِูุงุณْุชِุนْุฌَุงُู َูุงَู َُُูููู َูุฏْ ุฏَุนَْูุชُ ََููุฏْ ุฏَุนَْูุชُ ََููู ْ ุฃَุฑَ َูุณْุชَุฌِูุจُ ِูู ََููุณْุชَุญْุณِุฑُ ุนِْูุฏَ ุฐََِูู ََููุฏَุนُ ุงูุฏُّุนَุงุกَ
"Doa seseorang sentiasa akan dimakbulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturrahim dan tidak tergesa-gesa." Seorang sahabat bertanya; 'Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan tergesa-gesa?' Rasulullah ๏ทบ menjawab: 'Yang dimaksud dengan tergesa-gesa adalah apabila orang yang berdoa itu mengatakan; 'Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga dikabulkan'. Setelah itu, dia berasa putus asa dan tidak pernah berdoa lagi.'"[HR. Muslim no. 2735]
๐ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Amalan sebelum tidur
TIDUR YANG BERPAHALA : AMALAN SAHIH SEBELUM TIDUR MALAM
Berikut merupakan tatacara tidurnya Rasulullah s.a.w dan ia menjadi sunnah yang perlu diikuti dan diamalkan.
1) Berwudhuk: Penekanan yang sangat ditekankan oleh Nabi s.a.w (HR Bukhori Muslim)
2) Tidur mengereng disebelah kanan
(HR Bukhori Muslim)
3) Meniup pada kedua telapak tangan sambil membaca Al Mu'awwidzat iaitu surat Al Ikhlash (qul huwallahu ahad), surat Al Falaq (qul a’udzu bi robbil falaq), dan surat An Naas (qul a’udzu bi robbinnaas), masing-masing sekali. Setelah itu mengusap kedua tangan tersebut ke wajah dan bagian tubuh yang dapat dijangkau sebanyak tiga kali usapan.
(HR Bukhori)
4) Membaca Ayatul Qursi sebelum tidur malam. (HR Bukhori)
5) Membaca do’a sebelum tidur “Bismika allahumma amuutu wa ahyaa”.(HR Bukhori)
6) Berzikir sebelum tidur,
ุณُุจْุญَุงَู ุงِููู (33×)
ุงْูุญَู ْุฏُ َِِّููู (33×)
ุงُููู ุฃَْูุจَุฑُ (34×)
Subhanallah (33 x)
Alhamdulillah (33 x)
Allahu Akbar (33 x)
Artinya:
“Maha suci Allah (33 x), segala puji bagi Allah (33 x), Allah Maha Besar (34 x).
SURAH-SURAH YANG DIANJURKAN SEBELUM TIDUR MALAM
1) Al Kafirun (HR Abu Daud)
2) Al Baqarah 285 & 286 (HR Bukhori)
2) Al Mulk & As Sajdah (HR Bukhori)
Jika tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
๐ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Padang Mahsyar
Pertanyaan Di Padang Mahsyar
ุนَْู ุฃَุจِู ุจَุฑْุฒَุฉَ ุงْูุฃَุณَْูู ِِّู َูุงَู َูุงَู ุฑَุณُُูู ุงَِّููู ุตََّูู ุงَُّููู ุนََِْููู َูุณََّูู َ َูุง ุชَุฒُُูู َูุฏَู َุง ุนَุจْุฏٍ َْููู َ ุงَِْูููุงู َุฉِ ุญَุชَّู ُูุณْุฃََู ุนَْู ุนُู ُุฑِِู ِููู َุง ุฃََْููุงُู َูุนَْู ุนِْูู ِِู ِููู َ َูุนََู َูุนَْู ู َุงِِูู ู ِْู ุฃََْูู ุงْูุชَุณَุจَُู َِูููู َ ุฃَََُْูููู َูุนَْู ุฌِุณْู ِِู ِููู َ ุฃَุจَْูุงู
Daripada Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya” HR Tirmizi No: 2341 Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap kita pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan akan melalui pemeriksaan dan timbangan di atas amal kita semasa hidup
2. Setiap kita akan ditanya tentang umur, kemana dihabiskan dan dimanfatkan?
3. Akan ditanya tentang ilmu yang dimiliki. Adakah ilmu yang dimiliki bermanfaat? Adakah ilmu tersebut diamalkan? Adakah ilmu disebarkan sama ada melalui lisan atau tulisan?
4. Setiap harta yang diperoleh akan ditanya, adakah diperolehi dengan cara yang halal atau sebaliknya?. Setiap sen yang di belanjakan juga akan ditanya kemana dan bagaimana diurus?
5. Pada tubuh badan kita juga akan ditanya. Seluruh anggota dan pancaindera yang dimiliki, kemana telah digunakan semasa di dunia?
Berusahalah setiap masa untuk muhasabah apa yang kita milik sama ada umur, ilmu, harta dan seluruh anggota tubuh badan. Moga ia menjadi aset dan deposit amal soleh di akhirat nanti.
JOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Istighfar
LAFADZ ISTIGHFAR YANG DI AJARKAN OLEH RASULULLAH S.A.W
Rasulullah s.a.w. bersabda,
ู َْู َูุงَู ุฃَุณْุชَุบِْูุฑُ ุงََّููู ุงَّูุฐِู َูุง ุฅََِูู ุฅَِّูุง َُูู ุงْูุญََّู ุงَُّْููููู َ َูุฃَุชُูุจُ ุฅَِِْููู ุบُِูุฑَ َُูู َูุฅِْู َูุงَู َูุฏْ َูุฑَّ ู ِْู ุงูุฒَّุญِْู.
Sesiapa yang mengucapkan,
"Astaghfirullahallazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaiihi",
diampunkan baginya meskipun dia pernah (melakukan dosa besar seperti) lari dari medan peperangan.
(Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1296/1517)
Maksud lafaz istighfar di atas,
"Aku mohon ampun kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang al-Hayyu dan al-Qayyum, dan kepada-Nya aku bertaubat."
Dalam riwayat lain, ada tambahan al-'Adzim = "Astaghfirullahal 'Adzim...." seterusnya adalah sama.
Bermaksud "Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung...." seterusnya adalah sama.
Tambahan al-'Adzim adalah daripada riwayat Ibn Mas'ud, dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak hadis no.: 1884 dan ia dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arna'uth sebagaimana yang beliau nyatakan dalam semakannya ke atas Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3894 dan Sunan Abu Daud, hadis no.: 1517.
Lafadz istighfar ini boleh dirutinkan dibaca setiap hari samada ketika lapang, ketika menyedari melakukan kesilapan yang tidak disengajakan, tergelincir melakukan dosa lalu menyesali.
Waktu yang terbaik untuk beristighfar adalah dipenghujung subuh selepas tahjud dan menunggu masuk waktu subuh. Inilah saat yang baik dan cara yang benar untuk memohon keampunan dan bukan melakukan solat taubat setiap hari.
๐ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Jagalah lisan dan tanganmu
๐ก๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐จ๐๐จ๐๐๐๐ ๐ฆ.๐.๐ช ๐๐๐๐ฅ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ ๐ ๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง
Hadith Sahih: Panduan Menjadi Muslim Yang Selamat
ุนَْู ุฃَุจِู ู ُูุณَู ุฑَุถَِู ุงَُّููู ุนَُْูู َูุงَู َูุงُููุง َูุง ุฑَุณَُูู ุงَِّููู ุฃَُّู ุงْูุฅِุณَْูุงู ِ ุฃَْูุถَُู َูุงَู ู َْู ุณَِูู َ ุงْูู ُุณِْูู َُูู ู ِْู ِูุณَุงِِูู ََููุฏِِู
Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya". (Sahih Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.
2. Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.
3. Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang.
4. Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti FB, WhatsApp, telegram, tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis akan diminta pertanggungjawab dihadapan Allah. Firman Allah:
ุฅَِّู ูฑูุณَّู ุۡนَ َููฑูุۡจَุตَุฑَ َููฑُููุۡคَุงุฏَ ُُّูู ุฃَُْٰููุฆَِู َูุงَู ุนَُููۡ ู َุณُููุۡٔٗง
“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)
5. Imam al-Khaththabi rahimahullรขh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.
6. Muslim yang paling utama ialah yang lisan dan tangannya menyelamatkan dirinya dan Muslim yang lain.
Berusahalah menjadi insan yang baik dan soleh dengan menjaga lisan dan tangan kita.
๐ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Solat witir
๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐๐๐ก ๐ช๐๐ง๐๐ฅ
Solat witir dibuat sebanyak tiga rakaat. Samada tiga rakaat sekaligus (tanpa tahiyat awal), atau dibuat secara 2 rakaat salam (buat 2 rakaat dahulu, sesudah salam buat lagi 1 rakaat).
Di dalam riwayat yg sahih menjelaskan, pada rakaat yang pertama Nabi s.a.w membaca Al Fatihah dan surah Al-'Ala, rakaat kedua Al Fatihah dan Al Kafirun dan pada rakaat yang ketiga dibaca Al Fatihah dan surah (3 Qul dan terkadang dibaca Al Ikhlas). Namun bagi yang tidak mampu menghafal, maka tetap boleh baca surah-surah lain yg termampu dihafal.
Nabi s.a.w menganjurkan membaca doa qunut di dalam witir pada rakaat yang ketiga. Namun qunut ini tidak dirutinkan. Terkadang dibuat terkadang tidak.
Nabi s.a.w menegah melakukan dua kali witir pada satu malam. Maksudnya kalau dah buat witir selepas isyak maka jangan ulang witir bila bangun tahjud. Memadai melakukan tahjud sahaja.
Selepas selesai witir, Nabi terus mengucapkan
ุณُุจْุญَุงَู ุงْูู َِِูู ุงُْููุฏُّูุณِ
Subhanal Malikil Quddus
Ertinya "Suci Engkau yang Maha Merajai lagi Maha Suci dari berbagai kekurangan" (baca 3X)
[HR. Abu Daud no. 1430, An-Nasa'i no. 1735, dan Ahmad 3: 406. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih]
Walaupun witir bukan solat wajib, namun penekanan yang disarankan oleh Nabi s.a.w seolah-olah seperti wajib Justeru, selain dari solat sunat fajar, maka jaga solat sunat witir sebagaimana kita menjaga solat fardhu.
๐ฎJOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Ikhlaslah engkau duhai hati
Awas! Hentikanlah berkata tentang saudaramu
Amalan terhindar neraka
Pahalanya seperti pahala haji dan umrah - solat sunat isyraq
Mengharap syurga, menghindari neraka
Solat Sunat Subuh atau Fajar
Apabila masuk sahaja waktu subuh, selepas azan maka lakukan dua rakaat solat sunat fajar dahulu kemudian baharulah lakukan solat fardhu subuh.
Kenapa di namakan solat sunat fajar? Fajar maksudnya adalah subuh iaitu apabila terbit benang-benang putih dilangit (fajar sodiq) menandakan masuknya waktu subuh.
Jika ada yang kata "solat sunat fajar ini dilakukan sebelum subuh ka?". Jawapannya BUKAN. Sebelum subuh itu adalah waktu untuk kita melakukan sunat tahjud atau witir.
Ada yang berkata "ostad....aku bangun lewat 6.45 masih bolehkah solat sunat fajar?" Jawabnya YA, selagi mana sempat dan ada waktu maka tetap boleh melakukannya.
Ada yang berkata "ostad...aku datang masjid si bilal sudah iqomah", jawabnya dahulukan solat fardhu subuh bersama imam kemudian lakukan sunat fajar sesudahnya.
Ada yang berkata "apakah musafir pun kena buat sunat fajar?" , jawabnya YA, semasa musafir tidak dibuat sunat rawatib yg lain kecuali sunat fajar.
Jika ditanya APAKAH GANJARANNYA hingga sedemikian rupa perlu dijaga? Jawabnya...khabaran dari Nabi s.a.w yang maksudnya...kalaulah dunia dan seluruh isinya milik kita, nescaya orang yang istiqomah melakukan dua rakaat solat sunat fajar ini, Allah nak beri lebih hebat dari itu.
MAKA KERANA ITU, JANGAN SESEKALI KITA MENINGGALKAN DUA RAKAAT SOLAT SUNAT FAJAR YANG AMAT BERHARGA INI DAN JAGALAH IA SEBAGAIMANA KITA MENJAGA SOLAT FARDHU.
JOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Pencegahan Covid-19 Ikhtiar Sang Hamba
Saya telah berkongsi cara merawat covid melalui pemakanan dengan ramai followers, biizdnillah saya menerima respond yang baik, Alhamdulilah ramai dikalangan mereka sembuh termasuk 4 rakan karib saya yang turut terkena wabak covid. Ada diantara mereka yang stage 4.
Sebenarnya masalah covid boleh dirawat dan boleh segera sembuh asalkan tindakan seberapa segera bila dapat merasai tanda-tanda awal pada tubuh.
Kes menjadi parah hingga terpaksa diberi bantuan pernafasan dan ditidurkan adalah disebabkan pesakit buat tak tahu tanpa sebarang usaha untuk merawat. Mereka anggap demam biasa-biasa, atau batuk-batuk biasa lalu apabila menjangkau masuk hari keempat dan kelima sudah agak lewat untuk dikawal lebih-lebih lagi jika terkena variant delta.
Sebaik mendapat rasa seram-seram sejuk sebelum demam, peringkat inilah yang paling terawal yang paling terbaik untuk merawat. Bila ada tanpa simptom awal terus amalkan.
1) Minum kelapa muda setiap hari selama 4 atau 5 hari untuk menawarkan sekiranya ada keracunan dalam badan.
2) Kemudian minum vitamin C jenis serbuk 300mg atau 500mg sehari sekali.
3) Amalkan 2 sudu madu dan 2 sudu minyak zaitun yang dicampurkan dengan air suam 2 kali sehari semasa perut kosong (pagi dan malam)
4) Paling mustahak untuk kalian consume minyak habatussauda dititikan 3@4 dos dibawah lidah kemudian dikemam selama anggaran 3 minit dan ditelan. Amalkan 3 kali sehari (pagi, tengah hari dan malam)
5) Kerapkan minum air panas teh + 3 biji cengkih yg diletakkan dalam jug dan minum setiap hari dalam 2 liter sehari.
Oleh yang demikian itu, saya nasihatkan standby dan simpan siap-siap dirumah kalian Vitamin C, cengkih, madu, minyak zaitun dan habatussauda agar tindakan cepat dapat diambil seberapa segera bagi mengelakkan virus menyerang dan merosakkan paru-paru dengan kadar masa yang sangat cepat.
Sebarkan info ini pada yang memerlukan.
MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
Bagaimanakah Solat Dhuha
๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐ฆ ๐ฅ๐๐ญ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐๐จ๐๐
1. Lakukan 4 rakaat Dhuha secara 2 rakaat salam. Allah SWT akan mencukupkan keperluan pada hari itu.
2. Kemudian setelah selesai Dhuha maka beristighfarlah seperti bacaan di dalam photo sebanyak 100 kali.
3. Bacalah doa pembuka rezeki (di dalam sujud solat secara lafadz) dengan doa yang pernah di doakan oleh Nabi s.a.w kepada An -Nas bin Malik hingga menyebabkan An Nas bin Malik menjadi sangat kaya.
Jadi, jika untuk dibaca untuk diri sendiri maka caranya:-
ุงََُّูููู َّ ุฃَْูุซِุฑْ ู َุงูู َََูููุฏู ููุงูุณุน ูู ูู ุฏุงุฑู َูุจَุงุฑِْู َูู ููู ุง ุงุนุทูุชูู ูุงุญุณู ุงุนู ุงูู ูุงูุบูุฑูู
Allahumma aksir maali wawaladi,
wawasi’ li fii daari,
wabarikli fima a’atoitani,
waahsin aamali,
waghfirli.
Maksudnya:
Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak-anakku, luaskanlah rumahku,
berkatikanlah semua yang Kau beri kepadaku, perbaiki amalanku,
dan ampunkan untukku.
MARI KITA RUJUK SANDARAN DALIL
1. Hadith Qudsi: Allah cukupkan keperluan sepanjang hari
Hadis dari Uqbah bin Amir al-Juhani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,
ุฅَِّู ุงََّููู ุนَุฒَّ َูุฌََّู َُُูููู َูุง ุงุจَْู ุขุฏَู َ ุงِِْูููู ุฃَََّูู ุงََّูููุงุฑِ ุจِุฃَุฑْุจَุนِ ุฑََูุนَุงุชٍ ุฃََِْููู ุจَِِّูู ุขุฎِุฑَ َْููู َِู
Sesungguhnya Allah berfirman: “Wahai anak adam, laksanakan untuk-Ku 4 rakaat di awal siang, Aku akan cukupi dirimu dengan solat itu di akhir harimu.” (HR. Ahmad 17390, dan dishahihkan al-Albani dalam Shahih Targhib wat Tarhib 666 dan Syuaib al-Arnauth).
2. Bacaan Istighfar Nabi s.a.w selepas dhuha:
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam setelah selesai solat Dhuha, beliau mengucapkan,
ุงَُّูููู َّ ุงุบِْูุฑْ ِูู، َูุชُุจْ ุนَََّูู، ุฅََِّูู ุฃَْูุชَ ุงูุชََّّูุงุจُ ุงูุฑَّุญِْูู ِ
Allah hummarghfirlii, Watub 'Alayya, Innaka Antat Tawwaabur Rahiim
Ertinya: "Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang", sampai beliau membacanya seratus kali.” (HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini sanadnya shahih.)
ISTIGHFAR ADALAH AMALAN PEMBUKA REZEKI (QS NUH AYAT 10~12)
3. Doa pembuka rezeki yang di doakan oleh Nabi s.a.w kepada An Nas Bin Malik:
ุงََُّูููู َّ ุฃَْูุซِุฑْ ู َุงَُูู َََูููุฏَُู َูุจَุงุฑِْู َُูู ِِْููู
Maksudnya: "Ya Allah, banyakkanlah hartanya, anaknya dan berkatilah apa yang engkau kurniakan padanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kesan daripada doa tersebut, Allah telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri:
“Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”
Jika dibaca untuk diri sendiri, maka cara bacaannya:-
ุงََُّูููู َّ ุฃَْูุซِุฑْ ู َุงูู َََูููุฏู ููุงูุณุน ูู ูู ุฏุงุฑู َูุจَุงุฑِْู َูู ููู ุง ุงุนุทูุชูู ูุงุญุณู ุงุนู ุงูู ูุงูุบูุฑูู
Allahumma aksir maali wawaladi,
wawasi’ li fii daari,
wabarikli fima a’atoitani,
waahsin aamali,
waghfirli.
Maksudnya:
"Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak-anakku,
luaskanlah rumahku,
berkatikanlah semua yang Kau beri kepadaku, perbaiki amalanku,
dan ampunilah aku."
Semoga bermanfaat.
TELEGRAM MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
Doa bangkit ruku'
๐๐๐๐๐๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐จ๐ง ๐ข๐๐๐ ๐ฏ๐ฌ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ง
Peristiwa itu terjadi ketika Nabi s.a.w dan para sahabat sedang solat berjamaah. Ketika i'tidal, Rasulullah sebagai imam membaca:
ุณَู ِุนَ ุงَُّููู ِูู َْู ุญَู ِุฏَُู
Namun, Nabi s.a.w terdengar ada salah seorang sahabat yang menjadi makmum dibelakang baginda membaca:
ุฑَุจََّูุง َََููู ุงْูุญَู ْุฏُ ، ุญَู ْุฏًุง َูุซِูุฑًุง ุทَِّูุจًุง ู ُุจَุงุฑًَูุง ِِููู
"Rabbanaa wa laka al-hamdu Hamdan Katsiiran Thayyiban Mubaarakan Fiih"
Ertinya: "Ya Tuhan kami, segala puji hanyalah bagi-Mu. Aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh berkah"
Ketika solat telah selesai, Nabi s.a.w bertanya, "Siapa yang membaca doa tadi?"
Seorang sahabat menjawab, "Saya, ya Rasulullah"
Nabi s.a.w lantas berkata:
"Aku melihat lebih dari 30 malaikat saling berebut siapa di antara mereka yang mencatatnya terlebih dahulu."
Hadits ini dari Rifa’ah bin Rofi’ yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Abu Daud.
TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Doa selepas wudu'
Adab berpakaian
๐๐ ๐๐๐๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐จ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก
Diriwayat daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
ุณِุชْุฑُ ู َุง ุจََْูู ุฃَุนُِْูู ุงْูุฌِِّู، َูุนَْูุฑَุงุชِ ุจَِูู ุขุฏَู َ ุฅِุฐَุง َูุถَุนُูุง ุซَِูุงุจَُูู ْ ุฃَْู َُُูููููุง : ุจِุณْู ِ ุงَِّููู
“Penghalang (hijab) antara pandangan mata jin dan aurat bani Adam ketika membuka pakaian ialah membaca bismillah (dengan nama Allah)” [HR al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Ausat (2504)]
Berdasarkan pengajaran dari hadith ini, amalkan setiap kali membuka pakaian dengan mendahulukan membaca BISMILLAH dan di dahulukan dengan menanggalkan pakaian disebelah kiri.
Semoga bermanfaat.
JOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Surah Al- mulk
[ Photo ]
๐๐ ๐๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ฅ๐๐ ๐๐-๐ ๐จ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐ฆ๐ ๐๐จ๐๐จ๐ฅ
Siksa kubur itu benar. Justeru antara amalan yang disarankan oleh Nabi s.a.w yang mana ia menjadi penghalang dari siksa kubur adalah MERUTINKAN membaca surah Al Mulk pada malam hari. Ini adalah antara kelebihan/fadhilat surah Al Mulk yang dapat menjadi syafaat (penolong) selepas kematian kepada sipembacanya.
Justeru amalkan membaca surah Al Mulk pada malam hari samada ia dibaca selepas maghrib atau selepas Isyak atau sebelum tidur atau ketika tahjud, asalkan ia dibaca pada malam hari.
Tidak syarat hafal, bacalah samada menggunakan mushaf Al-Quran atau Quran terjemahan atau melalui gajet.
Dalil berkenaan fadhilat surah Al Mulk ini diriwayatkan oleh Imam An Nasai dalam Al Kabir 6/179 dan Al Hakim. Imam Al Hakim mengatakan bahwa sanad hadits tersebut shahih.
JOIN TELEGRAM - MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Mustajab doa
๐ ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ข๐ ๐ ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐ญ๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐ค๐ข๐ ๐๐
Antara ruang dan peluang yang tidak sepatut kita lepaskan adalah memanfaatkan waktu untuk berdoa antara waktu azan dan iqomah.
Manfaat ruang ini tidak syarat untuk seseorang itu berada atau mendatangi masjid semata. Ia tetap boleh dilakukan dirumah.
Telah menjadi ketatapan standard di masjid/surau di Malaysia, berdasarkan alarm jam yang telah diset dimasjid/surau, waktu muazzin melakukan iqomah adalah 15 minit selepas azan.
Jadi, bagi yang solat dirumah dan mendengar azan di masjid/surau, kalian boleh anggarkan atau target masa untuk melakukan solat sunat qabliah dan berdoa sekitar 15 minit selepas azan. Justeru, ketika mendengar azan bersegeralah berwudhuk agar kalian berkesempatan untuk melakukan doa antara waktu azan dan iqomah.
Berdoalah sambil angkat tangan sebaik selepas melakukan solat sunat qabliah, hal ini dibolehkan bagi mendapatkan doa mustajab.
Semoga bermanfaat.
JOIN MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Doa bangun tidur
๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ข๐๐๐๐ ๐๐ข๐ ๐ ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐งIKA TERJAGA DARI TIDUR
Apabila seseorang itu TERBANGUN pada tengah malam, (bukan bangun pagi) maka ketika itu Allah tawarkan kepadanya doa mustajab, sekiranya dengan terbangunnya itu kemudian dia memanfaatkan dengan mengucapkan 3 zikir ini iaitu:
ูุงَ ุฅََِูู ุฅِูุงَّ ุงَُّููู، َูุญْุฏَُู ูุงَ ุดَุฑَِْูู َُูู، َُูู ุงْูู ُُْูู ََُููู ุงْูุญَู ْุฏُ، ََُููู ุนََูู ُِّูู ุดَْูุกٍ َูุฏِْูุฑٌ،
ุงَْูุญَู ْุฏُ َِِّููู، َูุณُุจْุญَุงَู ุงَِّููู، َููุงَ ุฅََِูู ุฅِูุงَّ ุงَُّููู، َูุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ،
َููุงَ ุญََْูู َููุงَ َُّููุฉَ ุฅِูุงَّ ุจِุงَِّููู
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir,
Alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar,
Wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
KEMUDIAN DIA LANJUTKAN PULA DENGAN BERDOA ATAU BERISTIGHFAR
Maka jika dia berdoa, Allah pasti kabulkan permintaannya dan jika dia beristighfar maka Allah ampuni dosanya pada ketika itu juga.
RUJUKAN: SHAHIH BUKHORI 1103.
https://t.me/mrjchanneldakwah
Pengampunan dosa
๐ ๐๐ก๐๐๐๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐๐ก ๐๐ข๐ฆ๐ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐จ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐ญ๐๐ก
Amalan sesudah mendengarkan azan, yang jika diamalkan akan mendapatkan ampunan dosa dari Allah SWT.
Dari Sa’ad bin Abi Waqqash, dari Rasulullah ๏ทบ bersabda:
ู َْู َูุงَู ุญَِูู َูุณْู َุนُ ุงْูู ُุคَุฐَِّู ุฃَุดَْูุฏُ ุฃَْู ูุงَ ุฅََِูู ุฅِูุงَّ ุงَُّููู َูุญْุฏَُู ูุงَ ุดَุฑَِูู َُูู َูุฃََّู ู ُุญَู َّุฏًุง ุนَุจْุฏُُู َูุฑَุณُُُููู ุฑَุถِูุชُ ุจِุงَِّููู ุฑَุจًّุง َูุจِู ُุญَู َّุฏٍ ุฑَุณُููุงً َูุจِุงูุฅِุณْูุงَู ِ ุฏًِููุง. ุบُِูุฑَ َُูู ุฐَْูุจُُู
“Siapa yang mengucapkan setelah mendengar azan:
"Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu laa syarika lah wa anna Muhammadan ‘abduhu wa Rosuluh. Rodhitu billahi robbaa wa bi Muhammadin Rosulaa wa bil Islami diinaa"
Ertinya: Aku bersaksi bahwa tidak ada Sesembahan yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Aku redha Allah sebagai Rabbku, Muhammad sebagai Rasulku dan Islam sebagai agamaku, maka DOSAnya akan DIAMPUNI.” [HR. Muslim no. 386]
Creadit to MRJ CHANNEL
https://t.me/mrjchanneldakwah